Monday, August 17, 2020

RESEPI MEE GORENG


Assalamualaikum guys

Petang-petang ni teringin pula nak makan mee goreng. Check bahan semua ada. Apa lagi, jom menggoreng.

Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning
1 ulas bawang putih
Isi ayam
Fish cake
Taugeh
1 sudu cili kisar (kalau suka pedas boleh tambah ya)
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
3 sudu kicap manis
2 sudu kicap masin
1 kiub ayam (Saya guna brand Maggi) 
2 biji telur
1 sudu lada sulah
Garam & serbuk perasa
Air (jika perlu)
Minyak masak

Cara-caranya:
1. Panaskan 2 sudu minyak ke dalam kuali. Kemudian tumiskan bawang kuning sehingga kekuningan.

2. Masukkan cili kisar & tumis sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan sos cili & sos tiram.

3. Masukkan isi ayam & lada sulah. Bila isi ayam dah separuh masak, masukkan fish cake, kicap masin, kicap manis, kiub ayam, garam & serbuk perasa ke dalam kuali. Kalau nampak kering boleh tambahkan sedikit air. 
*Masa ni bolehlah rasa kuah tu cukup rasa atau tidak. Untuk dapatkan rasa yang sedap, pastikan kicap kena banyak dan rasa kicap masin & kicap manis tu balance. Sebab husband pernah sekali complaint tawar & masa tu saya letak kicap sedikit sahaja. Jadi, lepas je dari tu saya buat kuah tu sedikit masin supaya nanti bila dah masukkan mee kuning, tak lah tawar rasanya. 

4. Kemudian masukkan mee kuning, gaulkan sehingga sebati. 
*Masa ni boleh adjust rasa kalau kurang ya.

5. Masukkan telur dan gaul rata. 

6. Yang terakhir, masukkan taugeh dan gaul sebati.

Haaa.... dah pun siap mee goreng simple. Boleh dihidang untuk sarapan pagi, minum petang ataupun makan malam.

1 bungkus mee (1kg) boleh dihidangkan anggaran dalam 8-10 orang.

So... selamat mencuba & selamat menjamu selera. 

RESEPI AYAM PANGGANG SIMPLE

Assalamualaikum guys...

Menu kita hari ini ialah ayam panggang. Resepi ni saya campak-campak je. Tak sangka pulak menjadi.πŸ˜†

So saya share lah macam mana nak buat nya ya.

Bahan- bahan:

5 ketul kepak ayam (saya potong dua)
Serai (dititik)
Minyak masak

Bahan perapan:
2 ulas bawang putih (tumbuk/blend) 
1 inci halia (tumbuk/blend) 
1 inci lengkuas (tumbuk/blend) 
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil jintan manis
3 sudu sos blackpaper 
2 sudu sos tiram
1 sudu madu
1 sudu kicap manis
1/2 sudu minyak bijan
Garam secukup rasa


Cara-caranya:
1. Gaulkan ayam dengan semua bahan perapan tadi. Kemudian perap dalam masa 2 jam. Kalau perap semalaman lagi sedap sebab bahan perapan tadi dah meresap ke dalam isi ayam.


2. Sambil menunggu ayam diperap, bolehlah sediakan tempat panggang. Kalau nak panggang guna oven pun boleh. Tapi, yang ini saya bakar guna arang.

3. Kemudian, bolehlah panggang ayam sehingga ayam tu masak. Semasa memanggang, sapukan sedikit minyak masak ke atas ayam supaya ayam tidaklah kering sangat nanti. Boleh juga sapukan lebihan bahan perapan ke atas ayam supaya ayam lebih sedap. (Saya gunakan serai yang telah dititik untuk dapatkan aroma serai)

Haaa... dah pun siap ayam panggang. Mudah sahaja resepi ni. Rasanya pun ala-ala deli wing Pizza Hut.

Selamat mencuba & selamat menjamu selera.

Sunday, August 16, 2020

Lirik Lagu Aku Bidadari Syurgamu (OST 7 Hari Mencintaiku 2)


Kredit video: https://youtu.be/oA3FNjs_gpY

Aku Bidadari Syurgamu - Dato' Siti Nurhaliza


Takdir kita telah bersatu

Kerna keangkuhan

Ku pinggir kasihmu


Kini baru ku sedari

Abadinya cinta

Hingga akhir nafasku


Walau kau ku sayangi

Ku turut kata kau yang terluka

Maaf ku tak sempurna

Kiranya dikau tak bahagia


Tuhan jiwa aku merawan

Perasaan saatku kehilangan

Oh biarlah aku

Pendam tangis di hati


Seandainya aku yang pergi dulu

Sampai mati ku kan mencintai kamu

Kerna akulah bidadari syurgamu


Walau kau ku sayangi

Ku turut kata kau yang terluka

Maaf ku tak sempurna

Kiranya dikau tak bahagia


Tuhan jiwa aku merawan

Perasaan saatku kehilangan

Oh biarlah aku

Pendam tangis di hati


Seandainya aku yang pergi dulu

Sampai mati ku kan mencintai kamu

Kerna akulah bidadari syurgamu


Wednesday, August 12, 2020

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI API

 Assalamualaikum guys...

Haaa... hari ini kita nak masak apa pula. Jom saya share resepi ayam masak lemak cili api.

Resepi ni saya dapat dari pak cik saya, dia orang N9. Memang sedap. Cara penyediaan nya pun mudah. Tak perlu banyak bahan.


Bahan-bahan:

1 kg kepak ayam (kalau nak guna bahagian lain pun boleh juga)

Serbuk kunyit

3 batang serai (dititik)

5 ulas cili padi (Ditumbuk. kalau yang suka pedas tu boleh tambah lagi ya)

2 biji kentang. (potong memanjang macam wedges)

Asam kandis/Asam keping/Asam jawa

1 paket santan (saya guna santan instant je. Kalau nak pekat, boleh guna brand KARA. Guna santan fresh pun boleh juga)

Garam, gula & serbuk perasa 

*Resepi ni tak menggunakan bawang


Cara-caranya:

1. Lumurkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. 

2. Simpan serai ke dalam kuali. Kemudian letakkan ayam di atas serai tadi bersama cili padi yang telah ditumbuk. Selepas tu pasangkan api.

3. Biarkan sehingga air ayam tu keluar. Kalau  nampak kering sangat boleh tambahkan sedikit air.

4. Bila air ayam dah keluar boleh masukkan santan ke dalam kuali. 

5. Kemudian masukkan kentang yang telah dipotong memanjang. Biarkan sehingga kentang empuk.

6. Jangan lupa letak garam, gula & serbuk perasa. Nanti tawar pula rasanya.

7. Kalau kentang dah empuk, bolehlah masukkan asam kandis. Kuantiti asam ni terpulang pada cita rasa sendiri. Kalau suka lebih asam, boleh letak banyak.

8. Kacau... kacau... kacau... dah pun siap.


Ayam masak lemak cili padi ni boleh dihidangkan dengan nasi putih. Nak makan macam tu je pun boleh.

Tapi, mak cik saya kata, ayam ni makin lama makin sedap sebab kuahnya meresap dalam isi ayam tu. 

Kalau tak caya, boleh cuba yaπŸ˜‹ 

Selamat mencuba & selamat menjamu selera.

Tuesday, August 11, 2020

RESEPI CUCUR KERIBANG @ UBI KELEDEK

Assalamualaikum guys...

Kali ni saya nak share cara-cara membuat cucur ubi keledek. Kalau orang Sarawak panggil cucur keribang.

Ni 1st time saya buat. Alhamdulillah menjadi jugak. 

Bahan-bahan:

1 bungkus ubi keledek (dah dihiris memanjang)

4 sudu besar tepung gandum 
1 sudu makan gula
1/2 sudu makan garam
1/2 sudu makan serbuk kunyit
Air
Minyak

Cara-caranya:
1. Satukan tepung gandum, gula, garam dan serbuk kunyit. 
2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Gaulkan hingga adunan tepung sebati/ringan. Jangan terlalu cair dan jangan juga terlalu pekat. 
3. Campurkan ubi keledek ke dalam adunan tepung hingga sebati. 

3. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan tuskan. 

Haaa... Dah pun siap. Bolehlah dihidangkan dengan air teh atau kopi dan sos cili. Cucur ni sedap dimakan panas-panas. Lagi sedap kalau makan bersama keluarga. 

Gambar cucur yang dah siap digoreng lupa pulak nak ambikπŸ˜…

Apa-apa lun, selamat mencuba & selamat menjamu selera😊

RESEPI SAMBAL JERING

 Assalamualaikum guys...


Ada tak peminat jering sini? Saya dulu tak pandai pun makan jering. Sejak berkenalan dengan husband (before kahwin), jering antara favourite husband. Jadi kenalah pandai makan πŸ˜†πŸ˜† 


So, di sini saya nak share resepi sambal jering yang menjadi kegemaran husband saya.


Bahan-bahan:

1/2 kg jering tua (Hiris 3)

1 mangkuk kecil ikan bilis (Blend/Tumbuk)

Belacan (Blend/Tumbuk)

2 sudu makan cili kisar

Aji & secukup rasa

Gula

Minyak


Cara-caranya:

1. Gorengkan jering yang telah dihiris tadi sehingga kekuningan. Angkat & tuskan. Asingkan kulit jering yang tertanggal semasa menggoreng. Kalau nak buang kulit sebelum digoreng pun boleh.


2. Dengan menggunakan minyak untuk menggoreng jering tadi, tumiskan ikan bilis yang telah diblend/tumbuk bersama belacan.

3. Kemudian masukkan cili kisar & tumis sehingga pecah minyak. Kalau suka pedas, boleh masukkan cili kisar lebih ya.

4. Masukkan garam, aji & secukup rasa. Saya tak letak garam sebab belacan tu dah masin. Kang terlebih masin  lah pulak. Tak pasal-pasal kena darah tinggi πŸ˜„.


5. Bila sambal dah berubah warna, (warnanya agak gelap) boleh masukkan jering yang telah digoreng tadi. Gaul sehingga sebati. Haa... dah pun siap.


Sambal jering ni boleh dihidang dengan nasi putih. Kalau saya, memang tak ambik lauk lain dah. Nasi dengan sambal jering pun boleh jalan. Perghh... sedap.

Selamat mencuba & selamat menjamu selera



Monday, August 10, 2020

RESEPI DAGING MASAK BLACKPEPER

 Assalamualaikum guys.. Pada yang suka makan daging masak blackpepper, jom saya kongsikan resepi yang sangat mudah dan ringkas.


Bahan-bahan:

500gm daging (potong nipis)

2 ulas bawang putih (hiris)

1 ulas bawang besar (potong dadu)

Daun bawang (hiris)

2 sudu makan sos blackpepper

1 sudu makan sos tiram

1 sudu makan serbuk blackpepper (Maggi)

Garam, Aji & Secukup rasa

Minyak


Bahan untuk perapan daging:

1 sudu kecil serbuk bikarbonate

1 sudu makan serbuk blackpepper (Maggi)

1 sudu makan kicap pekat 


Cara-cara:

1. Satukan bahan untuk perapan daging. Gaulkan dengan daging yang telah dipotong nipis. Perap sebentar. Kemudian gorengkan daging tadi sehingga garing/masak dan angkat keluar.

2. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan sos blackpepper & sos tiram. Biarkan mendidih sebentar. Jika kering, boleh tambahkan sedikit air.

3. Masukkan daging & gaulkan sehingga sebati. Masa ni bolehlah adjust garam, aji & secukup rasa. Kalau rasa dah ok, boleh masukkan daun bawang & serbuk blackpepper.

4. Kacau, kacau, kacau... dah pun siap. 


Bolehlah hidangkan dengan nasi putih. Fuh... sedap. Kalau ada lada benggali yang warna merah, hijau, kuning tu lagi sedap. Nampak meriah.


Selamat mencuba & selamat menjamu selera.