Assalamualaikum guys...
Haaa... hari ini kita nak masak apa pula. Jom saya share resepi ayam masak lemak cili api.
Resepi ni saya dapat dari pak cik saya, dia orang N9. Memang sedap. Cara penyediaan nya pun mudah. Tak perlu banyak bahan.
Bahan-bahan:
1 kg kepak ayam (kalau nak guna bahagian lain pun boleh juga)
Serbuk kunyit
3 batang serai (dititik)
5 ulas cili padi (Ditumbuk. kalau yang suka pedas tu boleh tambah lagi ya)
2 biji kentang. (potong memanjang macam wedges)
Asam kandis/Asam keping/Asam jawa
1 paket santan (saya guna santan instant je. Kalau nak pekat, boleh guna brand KARA. Guna santan fresh pun boleh juga)
Garam, gula & serbuk perasa
*Resepi ni tak menggunakan bawang
Cara-caranya:
1. Lumurkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
2. Simpan serai ke dalam kuali. Kemudian letakkan ayam di atas serai tadi bersama cili padi yang telah ditumbuk. Selepas tu pasangkan api.
3. Biarkan sehingga air ayam tu keluar. Kalau nampak kering sangat boleh tambahkan sedikit air.
4. Bila air ayam dah keluar boleh masukkan santan ke dalam kuali.
5. Kemudian masukkan kentang yang telah dipotong memanjang. Biarkan sehingga kentang empuk.
6. Jangan lupa letak garam, gula & serbuk perasa. Nanti tawar pula rasanya.
7. Kalau kentang dah empuk, bolehlah masukkan asam kandis. Kuantiti asam ni terpulang pada cita rasa sendiri. Kalau suka lebih asam, boleh letak banyak.
8. Kacau... kacau... kacau... dah pun siap.
Ayam masak lemak cili padi ni boleh dihidangkan dengan nasi putih. Nak makan macam tu je pun boleh.
Tapi, mak cik saya kata, ayam ni makin lama makin sedap sebab kuahnya meresap dalam isi ayam tu.
Kalau tak caya, boleh cuba ya😋
Selamat mencuba & selamat menjamu selera.
No comments:
Post a Comment