Thursday, August 6, 2020

Resepi Sayur Campur ala Chinese Style

Assalamualaikum guys... 

Hari ni saya nak share satu resepi sayur campur ala chinese style. Resepi ni saya dapat dari bapa saya (bapa memang teror bab-bab memasak ni). Kata nya dia dapat resepi ni dari rancangan masakan di TV masa saya kecik-kecik dulu. Sekitar tahun 90-an kalau tak silap. 

Resepi ini mudah sahaja, cuma penyediaan bahan-bahan tu agak rumit sebab bahan-bahannya agak banyak. Kalau bahannya kurang satu, rasanya tak sama. 

Biasanya resepi ni bapa masak kalau ada tetamu nak datang, open house time raya atau waktu berbuka puasa. Tak perlu masak lauk lain dah untuk makan dengan nasi. Semua dah ada dalm ni, ayam ada, sayur pun ada. 

So, saya tuliskan bahan-bahan dan cara memasak. 

Bahan-bahan:

Isi ayam (kalau nak guna wing atau dada pun boleh)

*Bunga kobis
*Lobak merah
*Anak jagung
*Cendawan butang (Dalam tin)
*Kulat kering
*Kacang buncis
*Daun Saderi
*Sayur sawi
Nanas (tin/fresh)
Kacang gajus (digoreng dulu)
*Cili Merah 
Bawang Putih (Hiris halus)
Halia (Hiris halus)
Sos tiram
Kicap pekat
Kicap cair
Minyak bijan (Kalau tak letak pun tak apa)
Tepung jagung (untuk pekatkan kuah & perapan isi ayam)
Putih telur (untuk perapan ayam. Kalau nak guna 1 biji telur pun boleh)
Garam, Aji & Secukup rasa
Minyak masak

*Potong/hiris mengikut kreativiti masing-masing. Pastikan bahan-bahan tadi dicuci dengan bersih

Cara-caranya:

1. Perapkan dulu isi ayam dengan sedikit garam, putih telur, tepung jagung dan sedikit minyak bijan. Kemudian goreng isi ayam sehingga separuh masak. Angkat keluar. Lebihan minyak jangan dibuang. Cuma kurangkan kuantiti nya jika nampak banyak untuk menumis sayur.

2. Tumiskan bawang putih dan halia yang telah dihiris halus sehingga naik bau. Kemudian masukkan hirisan cili merah. Tumis seketika.

3. Sayur yang telah dipotong/dihiris dimasukkan satu-persatu; kulat kering, anak jagung, bunga kobis, lobak merah, daun saderi, kacang buncis. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Tambahkan sedikit air. Biarkan seketika. Kalau nak banyak kuah, boleh letak banyak air. (Tapi kalau nak lebih sedap, kicap dan sos tiram nya kena banyak. Pastikan rasanya balance)

4. Selepas itu, masukkan isi ayam & cendawan butang ke dalam kuali. Gaul sehingga sekata. Masa ni boleh letakkan sedikit minyak bijan, garam, aji & secukup rasa. Garam tak perlu banyak sangat. Sebab sos tiram & kicap tu dah masin. Minyak bijan tu kalau tak letak pun tak apa. 

5. Kalau rasa dah ok, masukkan sayur sawi & nanas. Gaulkan sehingga sekata. Nanas ni kalau letak banyak, bertambah sedap. Sebab kuah sayur ni masin, campur lagi dengan nanas. Jadi masam-masam masin.

6. Untuk memekatkan kuah sayur, masukkan bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Biarkan mendidih seketika.

7. Yang terakhir, barulah taburkan kacang gajus ke dalam sayur campur tadi. Dah pun siap.


Selamat mencuba & selamat menjamu selera.


No comments:

Post a Comment