Assalamualaikum guys...
Menu kita hari ini ialah ayam panggang. Resepi ni saya campak-campak je. Tak sangka pulak menjadi.😆
So saya share lah macam mana nak buat nya ya.
Bahan- bahan:
Serai (dititik)
Minyak masak
Bahan perapan:
2 ulas bawang putih (tumbuk/blend)
1 inci halia (tumbuk/blend)
1 inci lengkuas (tumbuk/blend)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil jintan manis
3 sudu sos blackpaper
2 sudu sos tiram
1 sudu madu
1 sudu kicap manis
1/2 sudu minyak bijan
Garam secukup rasa
Cara-caranya:
1. Gaulkan ayam dengan semua bahan perapan tadi. Kemudian perap dalam masa 2 jam. Kalau perap semalaman lagi sedap sebab bahan perapan tadi dah meresap ke dalam isi ayam.
2. Sambil menunggu ayam diperap, bolehlah sediakan tempat panggang. Kalau nak panggang guna oven pun boleh. Tapi, yang ini saya bakar guna arang.
3. Kemudian, bolehlah panggang ayam sehingga ayam tu masak. Semasa memanggang, sapukan sedikit minyak masak ke atas ayam supaya ayam tidaklah kering sangat nanti. Boleh juga sapukan lebihan bahan perapan ke atas ayam supaya ayam lebih sedap. (Saya gunakan serai yang telah dititik untuk dapatkan aroma serai)
Haaa... dah pun siap ayam panggang. Mudah sahaja resepi ni. Rasanya pun ala-ala deli wing Pizza Hut.
Selamat mencuba & selamat menjamu selera.
No comments:
Post a Comment