Hari ini, saya nak share resepi ikan kari yang saya tengok dalam Port Resepi yang diambil dari resepi Sugu Pavithra. Bila tengok video ni, terus teringin nak masak kari. Jadi, tengok bahan-bahan semua ada. Apa lagi, teruslah saya cuba masak.
Resepi asalnya, beliau menggunakan ikan tenggiri. Tapi kali ni saya gunakan ikan alu-alu/barracuda. Ni first time saya masak ikan alu-alu. Dalam resepi saya ni juga, ada bahan yang saya ubah sedikit mengikut citarasa saya sendiri. Jom kita tengok bahan-bahannya.
Gambar: Myagro
Bahan-bahan:
Ikan (gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit)
2 ulas bawang merah (dihiris. Resepi asal menggunakan bawang merah besar)
4 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (ditumbuk kasar)
3 biji cili hijau
2 biji tomato
Kacang bendi
Terung cina/bulat
5 sudu makan serbuk kari ikan Baba's (dibancuh dengan air. Kalau nak guna brand lain pun boleh)
2 sudu kecil serbuk cili (dibancuh dengan air)
3 sudu makan serbuk santan (dibancuh dengan air)
Asam jawa
Air
Garam & gula
Minyak Masak
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan satu persatu cili hijau, terung dan tomato.
2. Apabila terung dah separuh masak, masukkan rempah kari dan tumis sehingga pecah minyak.
3. Kemudian, masukkan air asam jawa dan santan ke dalam kuali dan biarkan mendidih seketika. Kuantiti asam jawa dan santan ni terpulang kepada citarasa masing-masing. Kalau suka masam boleh letak banyak asam jawa. Tapi disebabkan dah ada tomato, saya letak sedikit sahaja asam jawa.
4. Masa ni bolehlah adjust rasa garam gula. Mana yang kurang kita touch-up sikit. Kalau nak kuah banyak, boleh tambah sedikit air.
5. Kalau rasa dah ok, cun melecun, bolehlah masukkan ikan dan kacang bendi ke dalam kuah kari. Biarkan mendidih sekejap, dah boleh tutup api.
Resepi ni sangat simple dan rasanya memang lain dari kari yang selalu saya makan. Hidangkan dengan nasi putih saja pun dah cukup sebab kari ni dah campur dengan sayur. Sedap sangat, sampai bertambah-tambah nasiπππ.
Selamat mencubaπππ
No comments:
Post a Comment