Gambar: encikshino.com
Malaysia terkenal dengan kepelbagaian jenis masakan. Ada masakan Melayu, Cina, India dan Barat. Terdapat juga inovasi masakan yang menggabungkan dua jenis masakan menjadi satu hidangan yang lazat. Untuk menjadikan masakan bertambah enak, bahan-bahan masakan seperti rempah ratus dan bahan-bahan lain perlu ada di dapur bagi memudahkan proses memasak.
Oleh itu, masi kita senaraikan 10 bahan-bahan yang wajib ada dalam dapur rumah anda.
1. CILI KISAR
Gambar: rasa.my
Cili kisar atau 'cili blend' antara ramuan yang paling banyak digunakan kerana kebanyakan masakan Melayu menggunakan cili. Cili kisar ini diperbuat daripada cili kering yang dikisar halus dengan sedikit air menggunakan blender. Dahulunya, ibu-ibu membuat cili kisar secara manual dengan menggunakan batu giling dan ianya dipanggil cili giling. Namun begitu, terdapat juga cili kisar instant yang boleh didapati di kedai dan pasar raya berdekatan rumah anda. Antaranya, cili giling ADABI.
2. BAWANG
Gambar: shopee.com.my
Selain mempunyai banyak khasiat, bawang merupakan pelengkap hidangan di Malaysia. Untuk memudahkan memasak, bawang boleh disimpan di dalam peti sejuk selepas dikisar halus.
3. IKAN BILIS
Gambar: pasarman.com
Ikan bilis boleh tahan lama jika disimpan di dalam bekas kedap udara dan dimasukkan ke dalam peti sejuk. Biasanya ikan bilis ini digoreng atau dicampur ke dalam masakan yang lain.
4. HALIA
Gambar: siraplimau.com
Halia merupakan salah satu bahan masakan yang berupaya mengeluarkan angin yang berlebihan di dalam badan manusia apabila dimakan. Selain itu, halia sering digunakan dalam bahan tumisan sebagai penyedap masakan.
5. SERAI
Gambar: rasa.my
Serai mempunyai keunikan rasa seperti lemon dan penambah rasa dalam masakan. Maka, sebab itulah serai banyak digunakan dalam masakan ayam, ikan dan makanan laut. Serai juga boleh ditanam di kawasan rumah anda. Jadi, tak perlulah nak ke pasar untuk dapatkan stok serai.
6. UBI KENTANG
Gambar: waktusolat.net
Ubi kentang antara bahan masakan yang paling mudah disediakan dan sangat digemari oleh kanak-kanak. Antara masakan yang boleh disediakan ialah sup telur kentang, kentang goreng dan boleh juga dicampurkan ke dalam masakan ayam.
7. AYAM
Gambar: huhahuhajerr.com
Salah satu bahan basah yang mudah disimpan di peti sejuk dan sangat digemari oleh kanak-kanak berbanding dengan ikan atau daging.
8. TELUR AYAM
Gambar: azainmart.com
Penggunaan telur ayam dalam masakan sangat luas untuk pelbagai hidangan, sama ada direbus, digoreng ataupun mentah. Namun begitu, adalah tidak disyorkan untuk makan secara mentah kerana boleh terkena salmonela. Selain itu, telur ayam juga digunakan dalam pembuatan kek dan pastry.
9. BELACAN
Gambar: sarawakonlineshoppe.blogspot.com
Bagi penggemar ulam-ulaman, bekalan belacan adalah penting untuk membuat sambal. Belacan diperbuat daripada udang geragau atau isi udang laut yang dimampatkan dan tahan lama. Antara belacan yang sedap dan popular di Sarawak adalah belacan Bintulu kerana rasanya berbeza dari yang lain.
10. KUNYIT
Gambar: hellodoktor.com
Hampir semua rumah ada menyimpan kunyit di dapur kerana ia dianggap sebagai rempah yang penting dalam masakan. Baik kunyit hidup ataupun serbuk kunyit. Kunyit bukan sahaja berfungsi sebagai pewarna dalam masakan, malah menjadi penambah rasa dalam makanan.
No comments:
Post a Comment