Sunday, August 16, 2020

Lirik Lagu Aku Bidadari Syurgamu (OST 7 Hari Mencintaiku 2)


Kredit video: https://youtu.be/oA3FNjs_gpY

Aku Bidadari Syurgamu - Dato' Siti Nurhaliza


Takdir kita telah bersatu

Kerna keangkuhan

Ku pinggir kasihmu


Kini baru ku sedari

Abadinya cinta

Hingga akhir nafasku


Walau kau ku sayangi

Ku turut kata kau yang terluka

Maaf ku tak sempurna

Kiranya dikau tak bahagia


Tuhan jiwa aku merawan

Perasaan saatku kehilangan

Oh biarlah aku

Pendam tangis di hati


Seandainya aku yang pergi dulu

Sampai mati ku kan mencintai kamu

Kerna akulah bidadari syurgamu


Walau kau ku sayangi

Ku turut kata kau yang terluka

Maaf ku tak sempurna

Kiranya dikau tak bahagia


Tuhan jiwa aku merawan

Perasaan saatku kehilangan

Oh biarlah aku

Pendam tangis di hati


Seandainya aku yang pergi dulu

Sampai mati ku kan mencintai kamu

Kerna akulah bidadari syurgamu


Wednesday, August 12, 2020

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI API

 Assalamualaikum guys...

Haaa... hari ini kita nak masak apa pula. Jom saya share resepi ayam masak lemak cili api.

Resepi ni saya dapat dari pak cik saya, dia orang N9. Memang sedap. Cara penyediaan nya pun mudah. Tak perlu banyak bahan.


Bahan-bahan:

1 kg kepak ayam (kalau nak guna bahagian lain pun boleh juga)

Serbuk kunyit

3 batang serai (dititik)

5 ulas cili padi (Ditumbuk. kalau yang suka pedas tu boleh tambah lagi ya)

2 biji kentang. (potong memanjang macam wedges)

Asam kandis/Asam keping/Asam jawa

1 paket santan (saya guna santan instant je. Kalau nak pekat, boleh guna brand KARA. Guna santan fresh pun boleh juga)

Garam, gula & serbuk perasa 

*Resepi ni tak menggunakan bawang


Cara-caranya:

1. Lumurkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. 

2. Simpan serai ke dalam kuali. Kemudian letakkan ayam di atas serai tadi bersama cili padi yang telah ditumbuk. Selepas tu pasangkan api.

3. Biarkan sehingga air ayam tu keluar. Kalau  nampak kering sangat boleh tambahkan sedikit air.

4. Bila air ayam dah keluar boleh masukkan santan ke dalam kuali. 

5. Kemudian masukkan kentang yang telah dipotong memanjang. Biarkan sehingga kentang empuk.

6. Jangan lupa letak garam, gula & serbuk perasa. Nanti tawar pula rasanya.

7. Kalau kentang dah empuk, bolehlah masukkan asam kandis. Kuantiti asam ni terpulang pada cita rasa sendiri. Kalau suka lebih asam, boleh letak banyak.

8. Kacau... kacau... kacau... dah pun siap.


Ayam masak lemak cili padi ni boleh dihidangkan dengan nasi putih. Nak makan macam tu je pun boleh.

Tapi, mak cik saya kata, ayam ni makin lama makin sedap sebab kuahnya meresap dalam isi ayam tu. 

Kalau tak caya, boleh cuba yaπŸ˜‹ 

Selamat mencuba & selamat menjamu selera.

Tuesday, August 11, 2020

RESEPI CUCUR KERIBANG @ UBI KELEDEK

Assalamualaikum guys...

Kali ni saya nak share cara-cara membuat cucur ubi keledek. Kalau orang Sarawak panggil cucur keribang.

Ni 1st time saya buat. Alhamdulillah menjadi jugak. 

Bahan-bahan:

1 bungkus ubi keledek (dah dihiris memanjang)

4 sudu besar tepung gandum 
1 sudu makan gula
1/2 sudu makan garam
1/2 sudu makan serbuk kunyit
Air
Minyak

Cara-caranya:
1. Satukan tepung gandum, gula, garam dan serbuk kunyit. 
2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Gaulkan hingga adunan tepung sebati/ringan. Jangan terlalu cair dan jangan juga terlalu pekat. 
3. Campurkan ubi keledek ke dalam adunan tepung hingga sebati. 

3. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan tuskan. 

Haaa... Dah pun siap. Bolehlah dihidangkan dengan air teh atau kopi dan sos cili. Cucur ni sedap dimakan panas-panas. Lagi sedap kalau makan bersama keluarga. 

Gambar cucur yang dah siap digoreng lupa pulak nak ambikπŸ˜…

Apa-apa lun, selamat mencuba & selamat menjamu selera😊

RESEPI SAMBAL JERING

 Assalamualaikum guys...


Ada tak peminat jering sini? Saya dulu tak pandai pun makan jering. Sejak berkenalan dengan husband (before kahwin), jering antara favourite husband. Jadi kenalah pandai makan πŸ˜†πŸ˜† 


So, di sini saya nak share resepi sambal jering yang menjadi kegemaran husband saya.


Bahan-bahan:

1/2 kg jering tua (Hiris 3)

1 mangkuk kecil ikan bilis (Blend/Tumbuk)

Belacan (Blend/Tumbuk)

2 sudu makan cili kisar

Aji & secukup rasa

Gula

Minyak


Cara-caranya:

1. Gorengkan jering yang telah dihiris tadi sehingga kekuningan. Angkat & tuskan. Asingkan kulit jering yang tertanggal semasa menggoreng. Kalau nak buang kulit sebelum digoreng pun boleh.


2. Dengan menggunakan minyak untuk menggoreng jering tadi, tumiskan ikan bilis yang telah diblend/tumbuk bersama belacan.

3. Kemudian masukkan cili kisar & tumis sehingga pecah minyak. Kalau suka pedas, boleh masukkan cili kisar lebih ya.

4. Masukkan garam, aji & secukup rasa. Saya tak letak garam sebab belacan tu dah masin. Kang terlebih masin  lah pulak. Tak pasal-pasal kena darah tinggi πŸ˜„.


5. Bila sambal dah berubah warna, (warnanya agak gelap) boleh masukkan jering yang telah digoreng tadi. Gaul sehingga sebati. Haa... dah pun siap.


Sambal jering ni boleh dihidang dengan nasi putih. Kalau saya, memang tak ambik lauk lain dah. Nasi dengan sambal jering pun boleh jalan. Perghh... sedap.

Selamat mencuba & selamat menjamu selera



Monday, August 10, 2020

RESEPI DAGING MASAK BLACKPEPER

 Assalamualaikum guys.. Pada yang suka makan daging masak blackpepper, jom saya kongsikan resepi yang sangat mudah dan ringkas.


Bahan-bahan:

500gm daging (potong nipis)

2 ulas bawang putih (hiris)

1 ulas bawang besar (potong dadu)

Daun bawang (hiris)

2 sudu makan sos blackpepper

1 sudu makan sos tiram

1 sudu makan serbuk blackpepper (Maggi)

Garam, Aji & Secukup rasa

Minyak


Bahan untuk perapan daging:

1 sudu kecil serbuk bikarbonate

1 sudu makan serbuk blackpepper (Maggi)

1 sudu makan kicap pekat 


Cara-cara:

1. Satukan bahan untuk perapan daging. Gaulkan dengan daging yang telah dipotong nipis. Perap sebentar. Kemudian gorengkan daging tadi sehingga garing/masak dan angkat keluar.

2. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan sos blackpepper & sos tiram. Biarkan mendidih sebentar. Jika kering, boleh tambahkan sedikit air.

3. Masukkan daging & gaulkan sehingga sebati. Masa ni bolehlah adjust garam, aji & secukup rasa. Kalau rasa dah ok, boleh masukkan daun bawang & serbuk blackpepper.

4. Kacau, kacau, kacau... dah pun siap. 


Bolehlah hidangkan dengan nasi putih. Fuh... sedap. Kalau ada lada benggali yang warna merah, hijau, kuning tu lagi sedap. Nampak meriah.


Selamat mencuba & selamat menjamu selera.

Friday, August 7, 2020

HIDUP INI LADANG AMAL

1. Jika rumah kita kemas dan tersusun, kita akan sentiasa bersedia untuk meraikan tetamu. Begitu juga kehidupan kita. Jika sentiasa melakukan amal soleh, kita sentiasa bersedia untuk bertemu Allah.

2. Ajal itu datang tepat pada waktunya. Tidak cepat sesaat dan tidak lambat sesaat. Oleh itu, sentiasalah berdoa dengan penuh harap pada Allah moga hidup kita diakhiri dalam husnul khotimah.

3. Hidup adalah untuk mati. Dan alam kematian kembali hidup untuk bersoal jawab dengan malaikat munkar dan nakir. Kemudia, kembali dimatikan dan dihidupkan untuk hisab dalam perjalanan mahsyar yang panjang.

4. Keputusannya sama ada syurga dan itulah kejayaan terbesar untuk kita, atau neraka kegagalan yang membawa penderitaan tanpa sudah.

5. Oleh itu, raihlah cinta, kasih, berkat dan rahmat Allah di dunia kerana dunia adalah ladang amal sebelum sampai ke akhirat transit terakhir. In sha Allah.


Kalam Allah surah Al-Mukminum, Ayat 37 yang bermaksud:

"Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah kita akan dibangkitkan hidup semula"


Sumber: @quotephotpvideo

NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM UNTUK ANAKNYA

Ada tak yang pernah mendengar nama Luqman Al-Hakim? Mungkin ada yang baru pernah mendengarnya. Kisah Luqman Al-Hakim ini diceritakan dalam pelbagai versi mengikut pendapat ahli tafsir tentang sejarah Luqman.

Antaranya, Luqman adalah seorang hakim, tukang kayu, dan ada juga yang berpendapat beliau adalah seorang wali di sekolah. Walaupun pelbagai pendapat tentang Luqman, cukuplah sekadar kita mengenali beliau sebagai seorang yang istimewa. Di mana kisah ini diceritakan di dalam al-Quran yang menceritakan kisah beliau beserta nasihat yang disampaikan kepada anaknya. (Surah Luqman)

11 NASIHAT BIJAKSANA LUQMAN AL-HAKIM UNTUK ANAKNYA

Berikut adalah nasihat Luqman yang bukan saja boleh diterapkan sebagai cara didik anak, tetapi juga untuk peringatan diri sendiri.

1. MENGESAKAN ALLAH

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di kala sedang memberinya nasihat, (katanya) : Hai anakku! Janganlah engaku mempersekutukan allah, kerana sesungguhnya syirik itu adalah suatu penganiayaan yang besar.

Ada Caranya Ajar Anak Solat Tanpa Disuruh, Bebel Atau Pukul ...

Foto Kredit : kashoorga.com

2. MENJAGA SEKECIL-KECIL PERLAKUAN

Hai anakku! Sesungguhnya jika ada (amal-amal) itu sebesar biji sawi (sekalipun), biar adanya didalam batu, atau dilangit, ataupun dibumi, nescaya Allah akan tunjukkan (memperlihatkannya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

3. SOLAT DAN SABAR

Hai anakku! Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebajikan dan laranglah dari perbuatan yang mungkar dan sabarlah atas sesuatu (musibah) yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari urusan-urusan yang dipastikan (Allah).

6 Waktu Afdal Berdoa Dan Susunan Doa Untuk 30 Hari Dalam Bulan ...

Foto Kredit: hijabista.com

4. TIDAK MEMBANGGA DIRI

Dan janganlah engkau memalingkan pipimu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan dimuka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.

Dan berlakulah sederhana dalam berjalan dan rendahkanlah suaramu (dalam berbicara) sesungguhnya seburuk-buruknya suara ialah suara keldai.

5. MARAH ANAK KERANA SAYANG

Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

Nasihat Kepada Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak ~ Real Life

Foto Kredit: anakbonda.com

6. MENGHINDARI HUTANG

Hai anakku! Jauhkanlah dirimu dari berhutang sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina diwaktu siang dan gelisah diwaktu malam.

Cara Menghadapi Masalah Hutang Dengan Dzikir Dan Doa

Foto Kredit: quantumbioenergi.com

7. ELAK BERBOHONG WALAU SEKALI

Hai anakku! Engkau jauhilah bersifat dusta, sebab berdusta itu enak sekali mengerjakannya, seperti enaknya memakan daging burung, sedikit saja berdusta, akibatnya tetap akan memberi bahaya.

8. PENTINGNYA MENGINGATI KEMATIAN

Hai anakku! Kalau bertemu dua kejadian, antara menjenguk orang mati dengan menghadiri pesta kahwin maka pergilah menjenguk orang mati. Demikian kerana kita akan mengingatkan diri yang bakal pulang ke kampung akhirat, sedangkan menghadiri pesta kahwin hanya mengingati diri kepada kesenangan duniawi saja.

Amalan Yang Dibawa Selepas Mati - Daily Hijrah

Foto Kredit: dailyhijrah.com

9. MAKAN SEKADARNYA

Hai anakku! Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya memberikan makanan yang engkau makan sampai kenyang berlebih-lebihan itu kepada seekor anjing adalah lebih baik daripada engkau memakannya.

cara ganti puasa

Foto Kredit: new-muslims.info

10. BERAMAL DENGAN ILMU

Bukanlah baik namanya, bila engkau selalu mempelajari segala macam ilmu yang belum engkau ketahui, sedangkan ilmu yang telah diperolehi belum lagi engkau amalkan. Hal seperti ini tak ubahnya dengan perbuatan seseorang yang mencari kayu api, setelah dikumpulkan, lalu dipikulnya, tapi dia tak kuat membawanya, kemudian dia tambah lagi.

11. KARAKTER YANG PERLU DIJAUHI

Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

cara didik anak

RELEVAN HINGGA KE HARI INI

Apa yang dapat disimpulkan, ternyata Allah telah memberi hikmah terhadap Luqman kerana nasihat beliau amat meninggalkan kesan jika didalami maksudnya.

Bahkan, ianya sangat relevan dan sepatutnya dijadikan panduan oleh kita hingga ke hari ini.

Semoga kita dapat mengamalkan dan menyebarkan kebaikan yang disampaikan oleh Luqman Al-Hakim.

 

*Sumber: https://siraplimau.com/cara-didik-anak-islami-surah-luqman/