Thursday, July 2, 2020

APA ITU COVID-19

Apakah Coronavirus?

Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. 

Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Coronavirus 2019 (COVID-19). Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.


Bagaimanakah coronavirus 2019 (COVID-19) merebak?

Virus COVID-19 disebarkan melalui titisan cecair atau 'droplet' yang terhasil daripada percikan air liur ketika bercakap atau batuk dan bukannya secara bawaan udara atau 'airborne'.

Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Jinjang Kepong, Dr Siti Khamsiah Abd Shukor, berkata 'air droplet' bersifat agak berat dan tidak akan berterbangan bagi jarak lebih satu meter.

Apakah gejala-gejala radang paru-paru (pneumonia) COVID-19?
Gejala radang paru-paru (pneumonia) COVID-19 adalah demam, batuk dan sukar bernafas.

Apakah langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19?

  • Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;
  • Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta hand sanitizer untuk digunakan apabila perlu semasa dalam tempoh lawatan;
  • Elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan manamana individu yang bergejala semasa dalam tempoh lawatan;
  • Elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan semasa dalam tempoh lawatan; dan 
  • Elakkan dari memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna semasa dalam tempoh lawatan.

No comments:

Post a Comment