Thursday, August 6, 2020

Resepi Sayur Campur ala Chinese Style

Assalamualaikum guys... 

Hari ni saya nak share satu resepi sayur campur ala chinese style. Resepi ni saya dapat dari bapa saya (bapa memang teror bab-bab memasak ni). Kata nya dia dapat resepi ni dari rancangan masakan di TV masa saya kecik-kecik dulu. Sekitar tahun 90-an kalau tak silap. 

Resepi ini mudah sahaja, cuma penyediaan bahan-bahan tu agak rumit sebab bahan-bahannya agak banyak. Kalau bahannya kurang satu, rasanya tak sama. 

Biasanya resepi ni bapa masak kalau ada tetamu nak datang, open house time raya atau waktu berbuka puasa. Tak perlu masak lauk lain dah untuk makan dengan nasi. Semua dah ada dalm ni, ayam ada, sayur pun ada. 

So, saya tuliskan bahan-bahan dan cara memasak. 

Bahan-bahan:

Isi ayam (kalau nak guna wing atau dada pun boleh)

*Bunga kobis
*Lobak merah
*Anak jagung
*Cendawan butang (Dalam tin)
*Kulat kering
*Kacang buncis
*Daun Saderi
*Sayur sawi
Nanas (tin/fresh)
Kacang gajus (digoreng dulu)
*Cili Merah 
Bawang Putih (Hiris halus)
Halia (Hiris halus)
Sos tiram
Kicap pekat
Kicap cair
Minyak bijan (Kalau tak letak pun tak apa)
Tepung jagung (untuk pekatkan kuah & perapan isi ayam)
Putih telur (untuk perapan ayam. Kalau nak guna 1 biji telur pun boleh)
Garam, Aji & Secukup rasa
Minyak masak

*Potong/hiris mengikut kreativiti masing-masing. Pastikan bahan-bahan tadi dicuci dengan bersih

Cara-caranya:

1. Perapkan dulu isi ayam dengan sedikit garam, putih telur, tepung jagung dan sedikit minyak bijan. Kemudian goreng isi ayam sehingga separuh masak. Angkat keluar. Lebihan minyak jangan dibuang. Cuma kurangkan kuantiti nya jika nampak banyak untuk menumis sayur.

2. Tumiskan bawang putih dan halia yang telah dihiris halus sehingga naik bau. Kemudian masukkan hirisan cili merah. Tumis seketika.

3. Sayur yang telah dipotong/dihiris dimasukkan satu-persatu; kulat kering, anak jagung, bunga kobis, lobak merah, daun saderi, kacang buncis. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Tambahkan sedikit air. Biarkan seketika. Kalau nak banyak kuah, boleh letak banyak air. (Tapi kalau nak lebih sedap, kicap dan sos tiram nya kena banyak. Pastikan rasanya balance)

4. Selepas itu, masukkan isi ayam & cendawan butang ke dalam kuali. Gaul sehingga sekata. Masa ni boleh letakkan sedikit minyak bijan, garam, aji & secukup rasa. Garam tak perlu banyak sangat. Sebab sos tiram & kicap tu dah masin. Minyak bijan tu kalau tak letak pun tak apa. 

5. Kalau rasa dah ok, masukkan sayur sawi & nanas. Gaulkan sehingga sekata. Nanas ni kalau letak banyak, bertambah sedap. Sebab kuah sayur ni masin, campur lagi dengan nanas. Jadi masam-masam masin.

6. Untuk memekatkan kuah sayur, masukkan bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Biarkan mendidih seketika.

7. Yang terakhir, barulah taburkan kacang gajus ke dalam sayur campur tadi. Dah pun siap.


Selamat mencuba & selamat menjamu selera.


Wednesday, August 5, 2020

Resepi Mee Hoon Goreng Simple

Assalamualaikum guys... Hari ni saya nak share resepi mee hoon goreng simple yang biasa saya buat. Selamat mencuba ya.

Bahan-bahan:

1 bungkus Mee Hoon (mana-mana brand)
1 sudu makan udang kering (rendam & tumbuk)
Isi ayam (ikut selera masing-masing)
2 sudu cili kering (kalau suka pedas, boleh tambah lagi)
1 bungkus kecil Fish Cake
4 ulas bawang merah (Hiris/tumbuk. Saya lebih suka tumbuk)
Taugeh
Sayur sawi
Sos cili
Sos Tiram
Kicap Masin
1 kiub Maggi ikan bilis
Garam, Aji & Secukup Rasa
Air kosong 
Minyak masak 

Cara memasak:

1. Rendam mee hoon dengan air untuk lembutkan mee. Kemudian baru tambah sedikit air panas. Saya tak celur mee hoon untuk mengelakkan mee terlalu lembik bila digoreng.

2. Panaskan minyak ke dalam kuali. Kemudian tumiskan bawang merah yang telah ditumbuk sehingga garing baru masukkan udang kering. Tumiskan sehingga udang kering betul-betul masak.

3. Masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak.

4. Kemudian, masukkan isi ayam dan tumis sehingga separuh masak.

5. Tambahkan sos cili, sos tiram, kicap masin,fish cake, sayur sawi dan kiub Maggi ikan bilis. Biarkan sehingga mendidih. Kalau nampak kering, boleh tambah sedikit air. Jangan lupa letakkan garam, aji & secukup rasa. 

6. Bila rasa dah ok, bolehlah masukkan mee hoon ke dalam kuali. Gaul sehingga sebati. Masa ni bolehlah adjust apa yang kurang. Nak tambah sos ka, kicap ka mengikut cita rasa masing-masing.

7. Dah ok? Last sekali masukkan taugeh. Gaul gaul gaul... dah pun siap. 

Inilah resepi mee hoon goreng simple yang saya biasa buat. Selamat mencuba.

Tuesday, July 21, 2020

BILA SEL OTAK TIDAK BERHUBUNG

#TabungDiri

1. "Teruknya majikan aku nie, gaji bagi 2500 jer, mana cukup. Bulan nie road tax mati, tayar botak. Sapa nak bayar Honda City aku nanti" Dengan penuh rasa kecewa

2. "McDonald ini semua agenda Yahudi nak jajah kita, dia bukak disemua daerah. Jangan masuk dan beli" sambil tiup asap rokok Dunhill berbunga bunga keudara.

3. "Gila kau, rumah sekarang semua mahal. Mana yang ada murah lagi, rumah aku sewa "double storey" nie pun dah dekat sejuta harganya. Mana ada rumah murah lagi. " Nasib baik Tuan rumah nie baik sewa aku cuma RM3000 jer sebulan. 

4. "Mana ada kerja kosong lagi sekarang semua kerja Bangla dan Nepal dah sapu. Gaji aku mintak bukan banyak pun RM3000 jer pun". Sambil order kopi jantan.

5. "Makanan sekarang semua dah mahal bro, mana ada yang murah lagi. Aritu gua makan sushi jer abis dekat RM800" sambil teguk kopi barista setabak yang berbaki.

6. "Semua pemimpin tak boleh percaya, sama saja. Tak ubah apa apa pun selama ini , harga barang mahal juga. Malas lah aku nak daftar undi"

7. " Untung la kau gaji besaq, aku nie kerani jer. Mana gaji cukup makan, bill Astro Beyond full chanell aku sapa nak bayar nanti"

8. "Cepat betul top up nie makan data hp aku, baru isi semalam RM10 dah habis. Memang cekik darah betul Telco nie" Sambil letak iphone 7 Ferrari atas meja lepas order maggi kari.

9. "PTPTN tak patut paksa pelajar bayaq balik cepat duit pinjaman depa, kita baru lagi kerja. mana sempat himpun duit nak bayaq bulan bulan. nak balas jasa mak bapak lagi". sambil pack barang barang masuk bag nak bercuti ke Korea dengan kawan kawan. 

Banyak benda disekeliling kita yang tak berhubung antara satu sama lain. 

Rumah saya sendiri tak pakai Astora ini, jauh sekali nak ada asap Dunhill. Jadi bijak, bukan dipijak

Gadis suka jika kita kata begini, 

"Jadi apa sekalipun, saya tetap datang pinang awak" mereka akan lari sembunyi celah meja punya :-p

#SelOtakMestiBerhubung
#MohonShareLelajuJikaBermanfaat

Kredit: Tips Kewangan & Hartanah Azizul

Monday, July 6, 2020

Kata-kata Hikmah 6.7.2020

Assalamualaikum wbt...
SalamUkhuwwahTilJannah

Isnin 6hb.JULY / 14 Zulkaedah 1441H

#KitajagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾🌏

﷽ "Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan, selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik."

- Saidina Umar RA -

Seeru ‘ala barakatillah... 🕌🕋

☆Marilah Menuju Kejayaan..

~ISTIQOMAH ZIKIR...

📌📿Hari Isnin

لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إلاّ بِاللهِ الْعَليِّ الْعَظيمِ

Maksudnya

"Tidak ada upaya dan kekuatan melainkan dengan kuasa ALLAH yang maha tinggi dan maha besar."

@quotephotovideo 💐💐💐

Sunday, July 5, 2020

DUNIA ADALAH JAMBATAN AKHIRAT

Bismillahir Rahmanir Rahiim... 

Assalamualaikum dan Selamat Pagi 

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم 

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga. 

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya 

┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#KitajagaKita..😘 
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾🌏

Dunia Adalah Jambatan Akhirat

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَنْكِبِي فَقَالَ كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ
وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ

Daripada Ibnu Umar radliallahu 'anhuma dia berkata;  Rasulullah SAW pernah memegang bahuku dan bersabda:

"Jadilah kamu di dunia ini seolah-olah orang asing atau seorang pengembara. Ibnu Umar telah berkata; Apabila kamu berada di waktu petang,  janganlah kamu menunggu datangnya waktu pagi, dan apabila kamu berada di pagi hari, maka janganlah menunggu waktu petang. Manfaatkanlah  waktu sihatmu sebelum sakitmu, dan hidupmu sebelum matimu."

(HR Bukhari No: 5937)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Dunia adalah jambatan menuju akhirat. Jangan jadikan dunia sebagai matlamat dan tempat tinggal hakiki. Sebagai musafir di perjalanan, kita tidak membawa kesemua yang kita milik berbentuk harta untuk bermusafir. Kita hanya membawa sekadarnya.

2.  Seorang Muslim perlu bersegera melakukan amal kebajikan, memperbanyak ketaatan dan amal soleh.

3.  Elakkan dari bertangguh untuk melakukan amal soleh kerana kita tidak pasti apakah berkesempatan untuk melakukannya pada masa akan datang.

4.  Setiap Muslim perlu merebut peluang dan kesempatan yang ada sebaik mungkin. Lakukan amal kebaikan ketika kita sihat dan masih hidup. Sakit dan ajal boleh berlaku bila-bila masa.

Rebutlah peluang beramal ketika kita masih muda, sihat, berharta, lapang dan semasa hidup ini.

•══◎◎♡◎◎══•

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin. 

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
52K029

Thursday, July 2, 2020

SEJARAH COVID-19 DI MALAYSIA

PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan

Nak simpan jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur 😢😢

Takkan sesekali aku lupa..

FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR  - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR  - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR  - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI  -  09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)

*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾

📌Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP

📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.

📌Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.

📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.

📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun.

📍 Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp.

📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.

📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.

📍 Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.

📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.

📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.

📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online.

📍Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.

📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.

📍Taman permainan kanak-kanak ditutup.

📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
 dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
 bagi pesakit kritikal.

📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍Rak-rak di kedai menjadi kosong.

📍Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.

📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.

📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul dipaparan ingatan saya dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.

Nikmat mana lagi yang kita dustai?

Lakukan kebaikan antara satu sama lain  Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️

akan jd kenangan abadi selamanya...

CNP#

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH


Saya ucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua guru dan murid setelah bercuti panjang akibat pandemik Covid-19. Semalam, 1 Julai 2020, Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan telah mengumumkan bahawa pembukaan semula sekolah secara berperingkat bermula pada 15 Julai 2020 bagi Tingkatan 1-4 dan Tahun 5 & 6. Manakala 22 Julai 2020 untuk Tahun 1-4.

Semoga semua pihak yang akan bersekolah tak lama lagi kena mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.