Friday, September 11, 2020

Resepi Ikan Kari versi Sugu Pavithra

Siapa tak kenal youtuber Sugu Pavithra yang viral pada awal tahun ni. Dalam channel beliau, pelbagai resepi boleh dicuba. Resepi beliau memang lazat dan tak rugi pun kalau kita cuba masak.

Hari ini, saya nak share resepi ikan kari yang saya tengok dalam Port Resepi yang diambil dari resepi Sugu Pavithra. Bila tengok video ni, terus teringin nak masak kari. Jadi, tengok bahan-bahan semua ada. Apa lagi, teruslah saya cuba masak.

Resepi asalnya, beliau menggunakan ikan tenggiri. Tapi kali ni saya gunakan ikan alu-alu/barracuda. Ni first time saya masak ikan alu-alu. Dalam resepi saya ni juga, ada bahan yang saya ubah sedikit mengikut citarasa saya sendiri. Jom kita tengok bahan-bahannya.

MYAgro - Maklumat Komoditi : Ikan Kacang

Gambar: Myagro

Bahan-bahan:

Ikan (gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit)

2 ulas bawang merah (dihiris. Resepi asal menggunakan bawang merah besar)

4 ulas bawang putih (dihiris)

1 inci halia (ditumbuk kasar)

3 biji cili hijau

2 biji tomato

Kacang bendi

Terung cina/bulat

5 sudu makan serbuk kari ikan Baba's (dibancuh dengan air. Kalau nak guna brand lain pun boleh)

2 sudu kecil serbuk cili (dibancuh dengan air)

3 sudu makan serbuk santan (dibancuh dengan air)

Asam jawa

Air

Garam & gula

Minyak Masak


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan satu persatu cili hijau, terung dan tomato.

2. Apabila terung dah separuh masak, masukkan rempah kari dan tumis sehingga pecah minyak.

3. Kemudian, masukkan air asam jawa dan santan ke dalam kuali dan biarkan mendidih seketika. Kuantiti asam jawa dan santan ni terpulang kepada citarasa masing-masing. Kalau suka masam boleh letak banyak asam jawa. Tapi disebabkan dah ada tomato, saya letak sedikit sahaja asam jawa.

4. Masa ni bolehlah adjust rasa garam gula. Mana yang kurang kita touch-up sikit. Kalau nak kuah banyak, boleh tambah sedikit air.

5. Kalau rasa dah ok, cun melecun, bolehlah masukkan ikan dan kacang bendi ke dalam kuah kari. Biarkan mendidih sekejap, dah boleh tutup api.


 


Resepi ni sangat simple dan rasanya memang lain dari kari yang selalu saya makan. Hidangkan dengan nasi putih saja pun dah cukup sebab kari ni dah campur dengan sayur. Sedap sangat, sampai bertambah-tambah nasiπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹.

Selamat mencubaπŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Tuesday, September 8, 2020

10 Bahan Masakan Wajib Ada Di Dapur Malaysia

 Bahan-Bahan Asas Masakan Yang Perlu Ada Di Dapur Anda. Petua Memasak! |  EncikShino.com

Gambar: encikshino.com

Malaysia terkenal dengan kepelbagaian jenis masakan. Ada masakan Melayu, Cina, India dan Barat. Terdapat juga inovasi masakan yang menggabungkan dua jenis masakan menjadi satu hidangan yang lazat. Untuk menjadikan masakan bertambah enak, bahan-bahan masakan seperti rempah ratus dan bahan-bahan lain perlu ada di dapur bagi memudahkan proses memasak.


Oleh itu, masi kita senaraikan 10 bahan-bahan yang wajib ada dalam dapur rumah anda.

1. CILI KISAR

Cara-Cara Buat Cili Kisar Homemade Yang Sedap & Lambat Berkulat.

Gambar: rasa.my

Cili kisar atau 'cili blend' antara ramuan yang paling banyak digunakan kerana kebanyakan masakan Melayu menggunakan cili. Cili kisar ini diperbuat daripada cili kering yang dikisar halus dengan sedikit air menggunakan blender. Dahulunya, ibu-ibu membuat cili kisar secara manual dengan menggunakan batu giling dan ianya dipanggil cili giling. Namun begitu, terdapat juga cili kisar instant yang boleh didapati di kedai dan pasar raya berdekatan rumah anda. Antaranya, cili giling ADABI.


2. BAWANG

BAWANG PUTIH / BAWANG MERAH KECIL / BAWANG BOMBAY / BAWANG HOLLAND | Shopee  Malaysia

Gambar: shopee.com.my

Selain mempunyai banyak khasiat, bawang merupakan pelengkap hidangan di Malaysia. Untuk memudahkan memasak, bawang boleh disimpan di dalam peti sejuk selepas dikisar halus.


3. IKAN BILIS

Ikan Bilis Kopek | PasarMan

Gambar: pasarman.com

Ikan bilis boleh tahan lama jika disimpan di dalam bekas kedap udara dan dimasukkan ke dalam peti sejuk. Biasanya ikan bilis ini digoreng atau dicampur ke dalam masakan yang lain.


4. HALIA

9 Khasiat Amalkan Minum Air Halia Untuk Kesihatan, Khasiat Lebih Hebat Dari  Makan Produk!

Gambar: siraplimau.com

Halia merupakan salah satu bahan masakan yang berupaya mengeluarkan angin yang berlebihan di dalam badan manusia apabila dimakan. Selain itu, halia sering digunakan dalam bahan tumisan sebagai penyedap masakan.


5. SERAI

6 Langkah Mudah Tanam Serai Dalam Pasu. Tip Tumbuh Gemuk dan Subur.

Gambar: rasa.my

Serai mempunyai keunikan rasa seperti lemon dan penambah rasa dalam masakan. Maka, sebab itulah serai banyak digunakan dalam masakan ayam, ikan dan makanan laut. Serai juga boleh ditanam di kawasan rumah anda. Jadi, tak perlulah nak ke pasar untuk dapatkan stok serai.


6. UBI KENTANG

Khasiat Ubi Kentang | Waktu Solat Dot Net

Gambar: waktusolat.net

Ubi kentang antara bahan masakan yang paling mudah disediakan dan sangat digemari oleh kanak-kanak. Antara masakan yang boleh disediakan ialah sup telur kentang, kentang goreng dan boleh juga dicampurkan ke dalam masakan ayam.


7. AYAM

Tips Mudah Membeli Ayam Segar Di Pasaraya - blog santai-santai jerr!

Gambar: huhahuhajerr.com

Salah satu bahan basah yang mudah disimpan di peti sejuk dan sangat digemari oleh kanak-kanak berbanding dengan ikan atau daging.


8. TELUR AYAM

Telur Ayam Archives | AzZainMart

Gambar: azainmart.com

Penggunaan telur ayam dalam masakan sangat luas untuk pelbagai hidangan, sama ada direbus, digoreng ataupun mentah. Namun begitu, adalah tidak disyorkan untuk makan secara mentah kerana boleh terkena salmonela. Selain itu, telur ayam juga digunakan dalam pembuatan kek dan pastry.


9. BELACAN

Sarawak Online Shoppe: Belacan Bintulu (Shrimp Paste)

Gambar: sarawakonlineshoppe.blogspot.com


Bagi penggemar ulam-ulaman, bekalan belacan adalah penting untuk membuat sambal. Belacan diperbuat daripada udang geragau atau isi udang laut yang dimampatkan dan tahan lama. Antara belacan yang sedap dan popular di Sarawak adalah belacan Bintulu kerana rasanya berbeza dari yang lain.


10. KUNYIT

Awas! Kunyit Ancam Kesihatan - Kajian - Hello Doktor

Gambar: hellodoktor.com

Hampir semua rumah ada menyimpan kunyit di dapur kerana ia dianggap sebagai rempah yang penting dalam masakan. Baik kunyit hidup ataupun serbuk kunyit. Kunyit bukan sahaja berfungsi sebagai pewarna dalam masakan, malah menjadi penambah rasa dalam makanan.